8 Makanan Terbaik Dunia

0 comments
1.Delima
2.Kismis
3.Kurma
4.Habbatus sawda'
5.Za'faran
6.Madu
7.Zaitun
8.Buah Tin



1.Firman Allah: ” Dan (Kami jadikan) kebun – kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..” Surah Al- An’am ayat 99

2.Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: ”Sebaik – baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”

3.Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”

4.Sabda Rasulullah: “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as – saam (mati)” Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

5.Sayidina Ali pernah menyatakan: ” Sesiapa mengambil sebahagian za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir “

6.Firman Allah: ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” Surah An – Nahl ayat 68 – 69

7.Firman Allah: ” Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan” Surah Al Mukminin ayat 20

8.Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Kita bertanya & Al-Quran ada jawapannya

0 comments
ASSALAMUALAIKUM

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."   -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."  -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."   -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."  - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."  -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"  -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...   -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."  -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."  -Surah Yusuf ayat 87

Moga ada manfaat, InsyaAllah

Andainya perempuan tahu.........

0 comments

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) 




  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 




  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita. 




  • Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik. 




  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita... 




  • Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.



  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! 




  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. 




  • Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. 




  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 




  • Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! 




  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. 




  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.


  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)


  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. 




  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti... 




  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. 




  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 




  • Lelaki bukanlah sempurna 100%  rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!





SETIAP KEJADIAN ALLAH ITU ADA KEKURANGAN DAN ADA KELEBIHANNYA, JANGANLAH DINILAI DAN MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK SATU PIHAK SAHAJA. TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN SEMUANYA DILAHIRKAN DENGAN SEMPURNA.


“laut mana tidak di lambung ombak, hujan mana tidak menimpa bumi, setiap manusia pasti ada silap dan salahnya”.

7) seorang pemuda & gadis penjual Cd

0 comments
Ini merupakan sebuah kisah yang mungkin akan membuatkan anda melihat betapa pentingnya kita hidup seolah-olah setiap hari merupakan yang terakhir buat kita...

           Ada seorang pemuda yang dilahirkan dengan penyakit kanser yang tiada penawarnya. Kita namakannya sebagai Adam. Dia kini berusia 17 tahun dan dijangka menghembuskan nafasnya yang terakhir bila-bila masa sahaja. Disebabkan oleh keadaannya itu, dia hanya terperuk di rumahnya, di bawah penjagaan ibunya.

            Pada suatu hari, dia membuat keputusan untuk melihat dunia luar setelah sekian lama. "Sekali pun, cukuplah atau mungkin ini yang terakhir, tidak mengapa," kata hatinya. Setelah dia memaklumkan kepada ibunya dan ibunya bersetuju. Adam tidak pergi jauh, hanya berjalan sekitar deretan kedai berhampiran rumahnya.

            Tiba-tiba Adam berhenti di hadapan sebuah kedai muzik. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke dalam, Adam terpandangkan seorang gadis yang sungguh cantik, lebih kurang sebaya dengan umurnya. Mungkin inilah yang dinamakan cinta pandang pertama. Kaki Adam terus melangkah masuk.


            Dia terus maju ke kaunter di mana gadis itu sedang berdiri. Si gadis melemparkan senyuman yang sungguh manis kepada Adam sambil bertanya: "Boleh saya bantu?". Di dalam kepala Adam hanya ada senyuman paling manis pernah dilihatnya selama 17 tahun ini. Adam tergamam buat seketika sebelum menjawab dengan nada suara yang agak bergetar (gagap):

"Saya nak beli CD".
            Tangannya pantas mengambil sekeping CD yang sempat tercapai oleh tangannya. Dia kemudiannya menyeluk saku mengeluarkan wang untuk bayaran. "Awak nak saya balut ke?" soal gadis tu lagi bersama senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Adam hanya mampu mengangguk. Si gadis meminta diri untuk ke bilik belakang. Sekali lagi Adam menganggukkan kepalanya.

            Sejak hari itu, saban hari Adam akan berkunjung ke kedai tersebut. Dan setiap hari itu jugalah, dia akan membeli CD yang dibalut cantik oleh gadis itu. Adam pula, sekembalinya ke rumah tidak pernah membuka CD-CD yang dibelinya itu dan hanya menyusun di atas rak.

            Lagipun, CD-CD tersebut cuma alasan Adam untuk bertemu gadis itu. Adam seorang anak muda yang sangat pemalu. Walaupun dia mencuba sedaya upaya untuk memberanikan diri mengajak si gadis keluar, namun lidahnya kelu. Ibu Adam perasan dengan apa yang berlaku dan sentiasa memberikannya galakan.

            Pada suatu hari, Adam nekad. Seperti biasa, dia keluar ke kedai muzik dan membeli Cd dan si gadis akan membalutnya cantik-cantik. Semasa si gadis sedang sibuk membungkus Cd tersebut di bilik belakang, Adam meninggalkan nombor telefonnya di atas kaunter sebelum cepat-cepat keluar dari situ.

            Keesokan harinya, Adam tidak bertandang ke kedai seperti kebiasaannya. Setelah dua hari berturut-turut Adam tidak muncul di kedai tersebut, lantas si gadis cuba menghubunginya menggunakan nombor telefon yang Adam tinggalkan dua hari lepas.

            Si ibu yang menjawab panggilan tersebut. Si gadis meminta untuk bercakap dengan anak lelakinya dan si ibu mula menangis. Gadis itu bertanyakan apa yang telah berlaku?

"Tidakkah kamu tahu, dia telah meninggal dunia dua hari lepas..."

            Untuk sekian lama, yang ada hanyalah diam yang panjang. Pada sebelah petangnya, ibu Adam memasuki bilik anaknya kerana begitu terkenangkan Adam. Dia membuka almari dan terperanjat melihatkan cd-cd yang berbalut kemas tanpa satu pun darinya yang dibuka.

            Hatinya tertanya-tanya. Dan untuk meleraikan persoalannya itu, si ibu membuka salah satu daripadanya. Sebaik sahaja dia mengoyakkan balutan itu, si ibu ternampak sehelai kertas kecil yang diselitkan di dalamnya.

            Kertas tersebut tertulis "Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau awak sudi. -Sofea"

            Si ibu mula meraung setiap kali dia membuka cd- cd tersebut, satu demi satu sehinggalah habis kesemuanya. Tiap satu darinya mengandungi helaian kertas yang tertulis mesej serupa.

          Moralnya, begitulah adanya hidup ini. Jangan tunggu untuk menunjukkan kepada seseorang yang istimewa apa yang anda rasakan tentangnya. Kerana esok mungkin sudah terlalu lewat untuk anda berbuat demikian.

Diterjemahkan dari sebuah laman berkisahkan cerita-cerita inspirasi