Cili Dapat Atasi Lemak


Ada kajian mengatakan bahawa capsaicin iaitu bahan yang memberikan rasa pedas dalam cili dapat mengurangkan berat badan. Bahan ini menentang lemak dengan mengaktifkan protein berguna dalam tubuh, mengecilkan tisu lemak serta merendahkan paras lemak dalam darah.


Banyaknya gigi buaya

Buaya ialah sejenis haiwan reptilia yang boleh hidup di air dan di darat. Haiwan karnivor ini mampu membesar sehingga mencapai berat 1000 KG . Bagi buaya dewasa dari spesies alligator, giginya mampu tumbuh sebanyak 80 batang. 


Berlian memotong berlian

Berlian terhasil daripada karbon yang berlainan daripada karbon pensel. rupa berlian mentah adalah seperti batu biasa. Tukang emas kemudia memotong berlian mentah mengkikut segi yang telah ditetapkan. Pemotongan berlian secara bersegi ini menjadikan berlian berkilauan. Harga berlian yang mahal bukan hanya disebabkan rupanya yang cantik, tetapi kesukaran ketika menghasilkannya. Untuk memotong berlian, kita tidak menggunakan pisau tetapi menggunakan berlian lain untuk memotongnya.

SUMBER DIPEROLEH DARI INFO CELIK  



No comments: