DAUGHTER'S MILK CAKE... :D




Sempena Happy Ayahanda's  DAY,  sy cuba wat kek untuk ayah...
and disini  ada RESIPI MUDAH untuk membuat kek ini...



Resepi Kek Coklat Fudge
* resipi asal sy ubah suai...perkataan yang bewarna merah, telah diubahsuai menjadi RESIPI DAUGHTER'S MILK CAKE.. :)

Bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat(koko) / susu tepung
1 tsp soda bicarbonat
secubit garam
sedikit vanilin (sy guna vanila).
2 cawan gula / sy gunakan 1 cawan gula sahaja
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung / butter
1 tsp coklat mocca paste (xde pon xpe)
1 1/4 cawan air panas
sy tambah sedikit cheese(xde pon xpe)


Cara

1. Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko, garam dan vanilin.
(Oleh kerana guna vanila, vanila dimasukkan ke dalam bahan cecair)
2. Pukul gula, telur,susu,minyak dan mocca paste
3. Campur bahan (1) dan (2) dan kacau rata.
4. Akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau.
5. Masuk dlm loyang.
6. Bakar dlm oven 180'C selama 45-50 minit.

Untuk Chocolate Ganache:-
100 gm coklat masakan
50 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh butter

Cara-caranya :
Satukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam an tuang atas kek coklat tadi.

lastly:
letaklah hiasan2 seperti manik urai, chip, bunga, dll....

No comments: