Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan :

• Ucapan yang makruf dan sopan
 
Firman Allah:
“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”
 Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”

Menundukkan pandangan


Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”

• Menghindari tempat syubhat

Sabda Rasulullah SAW:
“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)

Adab khas untuk wanita Iltizam dengan pakaian Islam

Firman Allah:
“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.”

Dan firmanNya lagi:
Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”

Serius dalam ucapan

Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Allah :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”
 
Menjaga pergerakan

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. 

Firman Allah: 
“Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”

Sumber:kredit to Nonaro Comments RSS feed

No comments: