Assalamulaikum
Gadis itu menangis bila dia dapat tau ada lelaki ajnabi punyai perasaan 'suka' melebihi seorang kawan pada dia
Hati nya penuh kerisauan dan kesedihan
Aku yang at the moment yang still lagik tak paham, rasa sangat pelik...
Aik? awat nak nangis pulak?
Bukankah lebih banyak pilihan bila ramai yang memuja?
Aku siap buleh cakap : Uishh bertuah lah ramai lelaki suka..tak payah carik susah payah..depa mai sendirik
"Tak macam aku, sebelah mata pun depa tak pandang, camna nak tengok, gelap sangat..tak nampak" aku menambah sambil buat ayat yang tersangat hampeh
Si gadis menjawab : Bertuah lah jadi Farida..diri Farida terhindar dari dosa..Bila tak ada yang memandang, lebih senang nak menjaga diri...
Aku: (bertambah heran) menjaga diri dari?..maksudnya?
Si gadis: Farida...,ana risau bila ada lelaki bukan muhrim suka pada ana, ana rasa berdosa pada Tuhan, apakah ana yang buat mereka lalai dari mengingati Allah dengan mereka asyik mengatakan cinta pada ana dan bukannya pada Allah? Enti, bila mereka katakan mereka sukakan ana kerana Allah, ana skali lagik takut dan sedih..Benarkah kerana Allah? atau itu hanya satu propaganda untuk mendekati seorang perempuan yang mereka mahukan? Malah nama ana menjadik sebutan di bibir mereka..Bukan kah sepatutnya zikir yang dilafazkan?
Aku: tapi tu bukan salah enti..Tu kan fitrah bagik seseorang manusia? Depa yang suka, jadik tu salah depa la bukan salah enti...
Si gadis : Enti, suka tu tak salah sebab kita kan manusia biasa saja tapi cara tu yang salah...kalau suka jangan biar seseorang itu tahu..Doa banyak-banyak moga Allah izin untuk lupa kalau 'suka' tu hanya berlandas nafsu, maksudnya sebab seseorang tu kacak atau cantik...ataupun buat cara yang betul..yang islam suruh...Guna orang tengah untuk merisik..bertanya dan istikarah selepas usaha...
Si gadis menerangkan panjang lebar : Ini tak..dah suka sibuk plak nak bagitau..sibuk nak menjalinkan hubungan yang kononnya berlandaskan syariat....Hubungan islamic lah....kejut bangun tahujud lah...enti matlamat tetap tak menghalalkan cara..yang haram jika kita ucapkan kalimah syahadah pada benda haram tu sekali pun tetap ianya menjadik haram....Kalau enti terjun dalam lubang taik, sudah tentu enti akan berlumuran taik..mustahil untuk enti menjadi bersih melainkan enti memakai baju protection yang benar-benar menutup enti tapi tu pun mesti akan terkena jugak kat kulit enti time enti nak bukak baju protection tu untuk cuci kan?
Si gadis menambah lagi: ana sedaya upaya cuba menjauhi semua nya, ana jaga syariat, ana pakai jubah, pakai tudung labuh supaya tak menjadi perhatian sang lelaki..biar ana tak dipandang lansung..itu lebih baik..Tapi ana hairan..makin ana menutup makin ramai pula yang hadir seolah -olah menjadi tarikan pula..
Aku : betoi jugak tu tapi sebab pa lagik yang buat enti rasa terbeban?
Si gadis : Ana khuatir dengan hati ana...Ana juga manusia..kalau ana layan lelaki-lelaki ni, ana memang la boleh cakap yang ana tak mau kat dia tapi ana risau kalau hati ana satu hari nanti akan terpaut jugak..Macam enti kata, cinta tu fitrah seorang manusia..Ana insan yang lemah jadi ana sedar setakat mana iman ana..Ana takut kalau tiba-tiba ana jugak 'terjatuh' hati pada salah sorang, ana risau kalau cinta yang ana sepatutnya beri pada Tuhan kita sewenangnya ana berikan pada makhluknya kemudian ana mengaku pula "aku mencintai si fulan fulan kerana Allah" ...Allah..berat berat..sangat berat enti...Bukan senang nak mencintai kerana Allah
Tambahan pulak dengan yang bukan ajnabi..Sebab tu ana cakap enti bertuah..sebab enti lebih mudah nak pelihara hati..
Aku :...... terdiam...
dalam hati : kagum..sampai situ dia fikir..indah sungguh akhlak dia..kuat sungguh dia jaga, dia pelihara diri dia...aku baik punya dok pikiaq "isk aku neh buruk sangat ka tak dak laki suka"
Tapi dia..dia lebih prefer nak jadik aku....
Masih ada rupanya cinta seorang gadis pada Tuhannya macam Rabiatul Adawiyah time time dunia dah semput ni...
Dia ada pesan kat aku :
"Farida..kalau farida cintai Tuhan, DIA akan berikan seseorang yang juga mencintai DIA..takkan ada halangan untuk farida meletakkan DIA sebagai yang dicintai paling utama sebab Farida dah dapat seorang lelaki yang jugak mencintai DIA..jadi si lelaki itu akan lebih ke arah nak mencarik cinta dan keredhaan Allah"
Serius aku cakap, akhlak dia sangat baik..
Perilaku dia membuatkan dia tanpa sedar dah jadikan diri dia idola aku sampai sekarang
Muka dia sangat tenang bercahaya yang bila aku tengok dan bila aku bersama dia mesti aku akan ingat Tuhan...
Barulah aku faham apa erti nya bila Tuhan soh kita berdamping ngan sahabat yang soleh dan solehah..
credit to: http://segalanyadarikati.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment