Showing posts with label TAHUKAH KITA?. Show all posts
Showing posts with label TAHUKAH KITA?. Show all posts

8 Makanan Terbaik Dunia

0 comments
1.Delima
2.Kismis
3.Kurma
4.Habbatus sawda'
5.Za'faran
6.Madu
7.Zaitun
8.Buah Tin



1.Firman Allah: ” Dan (Kami jadikan) kebun – kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..” Surah Al- An’am ayat 99

2.Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: ”Sebaik – baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”

3.Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”

4.Sabda Rasulullah: “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as – saam (mati)” Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

5.Sayidina Ali pernah menyatakan: ” Sesiapa mengambil sebahagian za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir “

6.Firman Allah: ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” Surah An – Nahl ayat 68 – 69

7.Firman Allah: ” Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan” Surah Al Mukminin ayat 20

8.Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
0 comments


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud
sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.Bayi mempunyai deria bau yang kuat.

5. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.

9. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.

10. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

11. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

12. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

13. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

14. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Panas Dari Penulis Senja